Daisypath Anniversary tickers
PROMOSI KAD KAHWIN LUVLYSIS BERMULA 1 APRIL 2012 HINGGA 31 MEI 2012. KLIK SINI UNTUK KETERANGAN LANJUT.


Untuk makluman, kami juga sedia menerima tempahan untuk NON-Muslim wedding card. Anda boleh pilih design & kami akan tukar wording mengikut wording yang anda request. Sampaikan berita baik ini kepada semua kawan2 ya!! Thanksss! Love you all!!

Daisypath Anniversary tickers

KLIK LIKE UNTUK UPDATE TERKINI DI FACEBOOK

HADIS PILIHAN

Sila nyatakan nombor hadis pilihan anda semasa membuat tempahan. Jika anda tidak menyatakan nombor hadis pilihan anda, kami akan menggunakan hadis sedia ada di dalam kad tersebut. Harap maklum.

HADIS 1
Ya Allah Ya Tuhan Kami
“Kami memohon doa restuMu,
Berkatilah masjlis kami ini dan semoga
majlis perkahwinan ini berjalan dengan sempurna
seperti mana yang Kau kehendaki dan semoga
jodoh perkahwinan kami ini berkekalan buat
selama-lamanya hingga akhir hayat”
Amin Ya Rabbal Alamin 

HADIS 2
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Berkatilah majlis perkahwinan ini,
limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada
kedua mempelai ini,
(nama pengantin) & (nama pengantin).
Kurniakanlah mereka
zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah
jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan
sempurnakanlah agama mereka
dengan berkat ikatan ini
Amin Ya Rabbal Alamin

HADIS 3
Doa Untuk Pengantin
“Dari setinggi dan seluas kasih
sayangMu, Kau limpahkan rahmat
jua keampunanMu kepada pengantin
suami isteri. Berkatilah masjlis yang diadakan
dengan keberkatan dari permulaan hingga
pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini
adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya
ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah
menghadapai setiap dugaanMu. Mudah-mudahan
perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga
ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka
zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik
dan hidayahMu beruntunglah keduanya
dalam kehidupan di dunia lebih-lebih
lagi di akhirat”
Amin Ya Rabbal Alamin

HADIS 4
Doa Untuk Pengantin
"Ya Allah Ya Tuhanku,
seandainya telah Kau catatkan dia milikku,
tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku,
satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah
kemesraan di antara kami agar kebahagiaan
itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih,
seiringkanlah kami dalam melayari ketepian
yang sejahtera, sepertimana yang
Engkau kehendaki."
Amin Ya Rabbal 'Alamin

HADIS 5
“Semoga Allah menghimpunkan
yang terserak dari keduanya, memberkati
mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan
darjat keturunan mereka, menjadi pembuka
rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta
pemberi rasa aman bagi umat”

HADIS 6
Doa Untuk Pengantin
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin)
Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai
Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga,
Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan
Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat
Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat
Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
Amin Ya Rabbal Alamin

HADIS 7
Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya hati kami ini bersatu
dengan kasih sayangMu, bertemu di atas
ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu
dan berjanji menegakkan AgamaMu. Maha Suci
Allah, Engkau perteguhkanlah tali ikatan antara
kami ini dan limpahkanlah kasih sayang di dalam
hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan
hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami
berserah dan tempat kami memohon
pertolongan”
Amin Ya Rabbal Alamin

HADIS 8
Ya Allah Ya Tuhan Kami
“Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti
Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan
hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan
kamu berdua kebaikan dan keberkatan
di dunia dan akhirat”
Amin Ya Rabbal Alamin 

HADIS 9
“ Dan di antara tanda-tanda
yang membuktikan kekuasaanNya dan
rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk
kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis
kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di
antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang
dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian
itu mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang yang berfikir "

HADIS 10
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk
manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi
atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya,
malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi
dan dekat di hatinya untuk dicintai ”

HADIS 11
"Apabila berkahwin seseorang itu,
maka sempurnalah separuh agamanya,
maka hendaklah ia bertaqwa kepada
Allah S.W.T untuk selebihnya”